Efflorescence vs kulat.. cara nak selesaikan

Efflorescence atau tompokan berwarna putih pada dinding bercat tu ialah garam terlarut bersifat alkali yang termeluwap ke permukaan.

Punca terjadi masalah ni antaranya :-

  1. Suhu bilik rendah
  2. Kelembapan udara dalam ruang
  3. Hujan – kerana tu tak digalakkan mengecat ketika hujan ataupun selepas hujan kerana dinding khususnya mengalami proses kondensasi haba
  4. Penambahan air kemudian pada simen plaster – selalu berlaku bila tukang rasa bancuhan terlalu pekat dan kemudian tambah air..aduk sikit sikit dan terus sambung plaster.
  5. Non proper mix antara kapur plaster, cement dan pasir semasa kerja plastering
  6. Non proper mix cement slurry semasa kerja finishing utk kemasan licin.

Cara nak treat masalah ni :-

  1. Bersihkan permukaan dengan towel lembap
  2. Pastikan permukaan kering sepenuhnya
  3. Boleh apply efflorescence block atau nak mudah apply Nippon 8000 Advance sealer (sealer ni bagus utk efflorescence resistant.
  4. Apply top coat paint color kegemaran

Tambahan.. Beza fungus@mold vs efflorescence

  1. Efflorescence dissolve with water.. boleh cuci dgn air dan akan hilang.. while mold tidak
  2. Efflorescence kalau kita rub dgn jari.. jari akan turn powdery..
  3. Kita boleh kenal kalau ia bukan efflorescence bila warnanya hitam, hijau, biru, pink kerana warna ni sifat untuk fungus@mold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *