
Efflorescence atau tompokan berwarna putih pada dinding bercat tu ialah garam terlarut bersifat alkali yang termeluwap ke permukaan.
Punca terjadi masalah ni antaranya :-
- Suhu bilik rendah
- Kelembapan udara dalam ruang
- Hujan – kerana tu tak digalakkan mengecat ketika hujan ataupun selepas hujan kerana dinding khususnya mengalami proses kondensasi haba
- Penambahan air kemudian pada simen plaster – selalu berlaku bila tukang rasa bancuhan terlalu pekat dan kemudian tambah air..aduk sikit sikit dan terus sambung plaster.
- Non proper mix antara kapur plaster, cement dan pasir semasa kerja plastering
- Non proper mix cement slurry semasa kerja finishing utk kemasan licin.
Cara nak treat masalah ni :-
- Bersihkan permukaan dengan towel lembap
- Pastikan permukaan kering sepenuhnya
- Boleh apply efflorescence block atau nak mudah apply Nippon 8000 Advance sealer (sealer ni bagus utk efflorescence resistant.
- Apply top coat paint color kegemaran
Tambahan.. Beza fungus@mold vs efflorescence
- Efflorescence dissolve with water.. boleh cuci dgn air dan akan hilang.. while mold tidak
- Efflorescence kalau kita rub dgn jari.. jari akan turn powdery..
- Kita boleh kenal kalau ia bukan efflorescence bila warnanya hitam, hijau, biru, pink kerana warna ni sifat untuk fungus@mold